2.0 Mulanya

Syarikat Mc Lynn enterprise diasaskan pada bulan April 2005. Walaupun demikian kami sudah mula berniaga secara kecilan-kecilan sejak tahun 2004 lagi. Dibawah ini adalah perkembangan syarikat kami daripada gerai pasar malam sehingga kepada kedai setempat:

 

2.1 - Pasar Malam

Kami mula berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam sekitar Kajang , kami bermula dengan bermodalkan RM900 untuk membeli dua bundle toto/comforter/kapet terpakai daripada satu pengedar. Penerimaan masyarakat setempat amat menggalakkan kerana keunikan barangan jualan kami, kerana kami lah satu-satunya gerai yang menjual barangan yang “lain” seperti itu.

Setelah barangan kami mencecah ketepuan market (hasil jualan yang berkurangan) kami mengambil keputusan untuk mempelbagai kan barangan kami dengan membeli langsir terpakai. Kami berjaya memperolehi pembekal baru yang boleh membekal langsir terpakai dan dalam masa yang sama mereka juga membekalkan toto yang amat berkualiti jika dibandingkan dengan pembekal yang pertama. Dengan produk baru ini kami dapat menggandakan hasil jualan kami kepada sekali ganda dan kami juga berjaya memperolehi pelanggan dari market segment yang baru.

2.2 – Kedai Sementara

Selepas setahun berniaga di pasar malam, kami memutuskan untuk mencuba membuka kedai sementara di Jalan Reko, Bangi di dalam bulan Ramadhan dan Syawal. Kami menyewa tanah kosong di hadapan kedai kelengkapan rumah dengan sewa RM600 sebulan termasuk khemah serta bil air dan elektrik. Target kami adalah untuk mendapat hasil laba dari keghairahan orang ramai dalam menyambut perayaan hari raya aidilfitri. Alhamdulillah kedai kami ini mendapat sambutan di luar dugaan. Dalam masa yang sama kami juga telah menambah produk portfolio kami, kami mula menjual pakaian terpakai. Dalam bulan Disember 2005 kami di beri notis oleh tuan tanah supaya mengosongkan tanah untuk memberi jalan kepada projek bangunan rumah kedai (REKO SENTRAL). Ini menyebabkan kami tekad untuk mencari sebuah kedai yang tetap.

 

2.3.2 – Kedai di Kajang

Lokasi kedai kami di Jalan Reko Kajang hanya terletak kurang dari 100 meter dari kedai sementara kami. Kami menyewa ruang kosong ini daripada kedai menjual barang hardware dengan sewa RM1000 termasuk air dan elektrik. Kami juga mengambil pekerja yang berkemahiran menjahit untuk menjaga kedai kami. Di kedai ini kami terpaksa mengenepikan bahagian pakaian terpakai kerana keluasan kedai yang tidak mengizinkan. Kami terpaksa memberi tumpuan kepada barangan fabrik sahaja.

Kepelbagaian produk fabrik di perkenalkan untuk membina imej perniagaan kami. Disamping itu kami juga menghasilkan produk buatan kami sendiri iaitu bantal sofa beserta sarung dan juga sarung bantal besar. Kami menggunakan kaedah recycle untuk menghasilkan produk baru ini seperti kain langsir dan toto yang tidak terjual. Untuk menambahkan lagi pilihan langsir, kami telah membeli kain langsir yang baru dan menjahit nya di kedai kami. Setelah dua tahun berniaga di kedai ini. kami memutuskan untuk berpindah ke sebuah rumah kedai di Sungai Merab, Bangi.

 

2.3.3– Kedai di Sg Merab


Di kedai baru ini kami dapat betul-betul mengembangkan perniagaan kami, selain ruang premis yang luas ia juga mempunyai tempat letak kenderaan yang luas serta rangkain perniagaan yang lain juga bersebelahan dengan premis kami. Kedai runcit, kedai makan, kedai hardware , kedai perabut serta kedai lain juga membantu meningkatkan hasil jualan kami.

2.3.4- Kedai di Langkap, Perak

Kami telah membuat keputusan untuk membuka satu cawangan di bandar kelahiran kami di Langkap, Perak.